Mohd. Razali dan Redonah bergambar kenangan dengan barisan Exco Wanita Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda mengumumkan barisan exco dan jawatankuasa wanita peringkat negeri parti yang dibentuk Isnin lalu.
Beliau berkata, Sahramah Jamaludin dilantik sebagai Pengerusi Tetap, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din, Aziah Atoh sebagai Naib Ketua dan Fahzean Mohiddin sebagai Penolong Setiausaha.
Katanya, jawatan Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip manakala Ketua Penerangan ialah Annabell @ Suzieana Perian dan ahli-ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmi Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya, Saridah Ab. Lakata, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom dan Dayang Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.
Bagi Biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan), Kathie (Biro Kebajikan), Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shahlinah (Biro Keusahawan), Lailawati (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan), Dayang Masni (Biro Agama), Mastura (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang) dan Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).
Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmi Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu), Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis), Datuk Surinam Sadikun (Beauford, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna) dan Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).
Redonah berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.
“Sebagai sayap parti, kita juga bertanggungjawab membantu kepimpinan Kerajaan Negeri khususnya dalam memastikan usaha membela nasib rakyat dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran dan matlamat,” katanya semasa perjumpaan khas exco Wanita Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd. Razali Razi.





























