James (tengah) dan Haslina (dua dari kiri) semasa acara menggaul bubur lambuk.
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengagihkan 1,800 pek bubur lambuk melalui Program Ukhuwah Ramadan di sini, pada Selasa.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata program bersama Usahawanita Intelek Sabah (SWISE) dan ADABI itu bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah serta mengimarahkan suasana di bulan Ramadan.
Menurutnya, pek bubur lambuk berkenaan akan diagihkan kepada Masjid Nur Hidayah Taman Keramat, Masjid Jamek Kampung Likas, Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Masjid Al-Falah Kepayan, Madrasah Wakaf Islamiah Sabah, warga setempat dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR).
Hadir sama, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Setiausaha Tetap KPMKR, Datuk Sr. Lee Chun Kiong dan Pengarah SWISE, Haslinda Hadis





























