Sebatang pokok tumbang menhempap sebuah rumah di Kampung Barung, Tenom pagi tadi. – Ihsan Bomba
TENOM: Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Kampung Barung, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu menerusi talian pada jam 10.18 pagi.

Sepsukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II KUP Saony Saimin bergegas ke lokasi yang terletak 12 kilometer dari BBP.
Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah berkeluasan 20×30 kaki persegi menyebabkan kerosakan 80 peratus pada bahagian atap dapur rumah.

Pasukan bomba memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke kawasan selamat. Tiada melibatkan kemalangan jiwa dilaporkan.
Operasi ditamatkan pada jam 11.35 pagi.



























