James (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima.
KOTA MARUDU: Seramai 2,586 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir menerima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri.
Bantuan disampaikan wakil Ketua Menteri, Datuk James Ratib di Dataran Bandau, pada Sabtu.
Turut disampaikan, bantuan wang tunai kepada 100 KIR manakala selebihnya akan disalurkan ke akaun bank mangsa.
Beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terlibat dengan bencana banjir.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrum Bahanda, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding dan Pegawai Daerah, Alexander Yong.































