KOTA KINABALU: Sebanyak empat kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, turun 12 kes berbanding kelmarin (16), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,762 kes.
Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 12 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,455 orang.
Manakala 138 pesakit sedang menerima rawatan di hospital.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah empat orang di ICU/repurposed critical care manakala tiga orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.





























