KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 14 kes baharu Covid-19 hari ini, naik enam kes berbanding kelmarin (8).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar positiviti naik sedikit daripada 0.79 peratus kelmarin kepada 1.01 peratus dengan sampel ujian yang berjumlah 1,343 (+333).
Katanya, sebanyak enam daerah mencatatkan jangkitan baharu iaitu Kota Kinabalu 5 kes, Tuaran 4 kes, Kota Belud 2 kes serta masing-masing satu kes di Putatan, Sandakan dan Tawau.
“Tidak ada kes baharu direkodkan di 21 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 14 kes yang dilaporkan, 13 kes adalah dalam Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 3.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 5 (2)
Tuaran 4 (0)
Kota Belud 2 (0)
Putatan 1 (0)
Sandakan 1 (0)
Tawau 1 (1)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (2)
Penampang 0
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 09/01/2023)
Kluster Baharu
Tiada































