Kenderaan yang membawa Hajiji mula masuk ke Istana Seri Kinabalu.
KOTA KINABALU: Berikutan kemelut politik di Sabah, hari ini Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Kenderaan yang membawa Hajiji dilihat mula masuk ke Istana Seri Kinabalu pada jam 4.22 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Kenderaan Hajiji mula meninggalkan Istana Seri Kinabalu.
Sementara itu, Tun Juhar yang prihatin terhadap kebajikan serta menghargai peranan media, turut menyumbangkan juadah makan tengah hari dan makan malam menerusi Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

Hajiji sempat melambai ke arah petugas-petugas media.



























