KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah (HKHS) 2026 bagi meninjau persiapan serta memastikan kelancaran perjalanan sambutan berkenaan. (gambar)
Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 menjemput seluruh rakyat untuk hadir dan menyaksikan sambutan berkenaan pada 31 Ogos.
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan pada sebelah awal pagi, manakala Sambutan Hari Sabah berlangsung pada sebelah malam, kedua-duanya di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens.
Pelbagai pengisian dan persembahan menarik turut disediakan bagi memeriahkan suasana serta menyemarakkan lagi sambutan istimewa tersebut.
































