Masidi (lapan dari kiri) menerima cenderahati daripada Jamawi.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan Negeri komited menyokong usaha memperkasa industri padi dan beras bagi memastikan bekalan makanan negeri kekal stabil dan berkekalan.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang diketuai oleh Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar, di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Masidi yang juga Menteri Kewangan turut diberi taklimat oleh Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBS) Datuk Dr. Ramle Kasin berhubung perkembangan semasa industri padi dan beras di negeri ini.
Taklimat berkenaan merangkumi usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan, aspek keselamatan makanan serta inisiatif meningkatkan produktiviti sektor pertanian di Sabah.
































