Hajiji bersama barisan pemimpin GRS semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di SICC, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Antara pemimpin parti komponen GRS yang hadir ialah Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam; Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Tan Sri Liew Yun Fah; Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Senator Tan Sri Anifah Aman; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin; Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun; Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun; Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J. Kurum; Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi gabungan itu.
































