KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PTT Exploration and Production (PTTEP) di Hotel Marriott, di sini.
PTTEP merupakan antara syarikat minyak dan gas terbesar dari Thailand serta antara pemain antarabangsa yang aktif beroperasi di Sabah.
Dalam majlis itu, beliau meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan PTTEP serta wakil syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di negeri ini.
Majlis berkenaan mencerminkan hubungan erat serta kerjasama berterusan antara kerajaan negeri Sabah dan pemain industri minyak dan gas, khususnya dalam memperkukuh pelaburan serta pembangunan sektor tenaga.
Turut hadir, Pengurus Negara PTTEP Malaysia, Vitoon Chaisomboonpan; Ketua Aset Brownfield Malaysia PTTEP, Al Ashraf Zarif Al Bakri; Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr. Dionysia Kibat; serta Pengarah Eksekutif Upstream SMJ Energy, Datuk Albert Lo dan lain-lain.






























