Hajiji (lima dari kiri) mengiringi Tun Musa memotong kek ulang tahun pada Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Bersama Yang Di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.
Ketibaan Hajiji pada jam 10.08 pagi disusuli keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama (TYT) Tun (Dr.) Musa Haji Aman bersama isteri, Toh Puan Hajah Faridah Haji Tussin.

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd. Razali Wahab serta Menteri-menteri Kabinet negeri.
Pada majlis sama, Yang di-Pertua Negeri bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringgis sebelum memotong kek sempena sambutan ulang tahun kelahiran.


































