Hajiji dan Diyanah beramah mesra bersama kakitangan YKS dan BALKIS JKM pada Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS dan BALKIS-JKM.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS serta Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (BALKIS-JKM) di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut diserikan dengan jamuan makan sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen dan perkhidmatan warga kerja YKS dan BALKIS-JKM.
Hadir sama, Pengarah YKS yang juga Pengerusi BALKIS-JKM, Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri serta ahli jawatankuasa BALKIS-JKM.
































