Juliah bergambar dengan sebahagian yang hadir sempena Sambutan Hari Krismas 2025 MUTIARA GRS di Rumah MUTIARA GRS hari ini.
KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Hajah Juliah Salag menghadiri sambutan Hari Krismas 2025 MUTIARA GRS di Rumah MUTIARA GRS di sini hari ini.

Pada majlis itu, Juliah turut beramah mesra dan menyampaikan hadiah krismas kepada 60 pelajar dan kanak-kanak yang hadir daripada sekolah dan pertubuhan sekitar Kota Kinabalu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM2,000 daripada MUTIARA GRS masing-masing kepada Chesire Home dan Seri Mengasih Center Tanjung Aru.


























