TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran YAB Ketua Menteri di kediamannya di Kampung Serusup, Tuaran, pada Jumaat. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Hajah Juliah Salag.
Majlis itu turut dihadiri semua jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman serta penduduk setempat dari kawasan berkenaan.
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut hadir, antaranya ADUN Labuk yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jambri; ADUN Dilantik yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; serta ADUN Dilantik, Datuk Haji Abdul Kassim Razali.


































