Tun Musa (kanan) menerima watikah pelantikan daripada Zambry (kiri).
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dilantik secara rasmi sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pelantikan itu menjadikan Tun Musa Canselor keempat universiti berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1994.
Majlis penyerahan watikah pelantikan berlangsung di Balai Istiadat Istana Seri Kinabalu di sini, pada Ahad.
Pada majlis itu, Tun Musa menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Tempoh pelantikan Tun Musa sebagai Canselor adalah selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025 sehingga 31 Disember 2028.
Hadir sama, isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.
































