Tun Musa (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Huguan Siou Kg Tuavon.
PENAMPANG : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menyantuni mangsa banjir di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pada Selasa.
Dua PPS yang terlibat adalah PPS Dewan Meruntum, Putatan dan Dewan Huguan Siou Kg. Tuavon, Penampang.
Tun Musa menyerahkan bakul makanan serta sumbangan wang tunai kepada keluarga yang terjejas akibat bencana banjir.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Persekutuan, Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jais Asri.
PPS Dewan Meruntum kini menempatkan 121 mangsa daripada 33 Ketua Isi Rumah (KIR), termasuk seorang bayi berusia sebulan manakala, PPS Dewan Huguan Siou Kg Tuavon pula menempatkan 152 mangsa daripada 35 KIR dengan mangsa berusia dalam lingkungan dua hingga 79 tahun.
































