Dr. Jeffery mengagihkan bendera dengan diiringi oleh Jainisah.
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mengedarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada peniaga di Tamu Toboh, Tambunan.
Beliau diiringi Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG), Jainisah Mohd Noor serta agensi-agensi yang terlibat dalam KMJG antaranya Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pos Malaysia, MCMC selain penglibatan pihak swasta dari Proton Shirba.
Agihan bendera kepada para peniaga merupakan salah satu inisiatif agar setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bagi menyemarakkan lagi bulan kebangsaan selain sambutan Hari Sabah yang akan di sambut pada 31 Ogos depan.
Selain mengagihkan bendera, Dr. Jeffrey sempat menyantuni beberapa peniaga seiring dengan tema hari kebangsaan “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”.






























