KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya menyerahkan beberapa keping gambar rasmi berkumpulan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Yang di-Pertua Negeri, Tun (Dr) Haji Musa Haji Aman kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor. (Gambar)
Penyerahan gambar tersebut sempena perasmian sidang DUNS penggal ke-5 tahun 2025, yang mana ianya merupakan sidang yang pertama yang dirasmikan oleh Tun Musa dan juga perasmian terakhir bagi penggal DUN ke-16.
Turut hadir Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman dan beberapa pegawai DUN.
































