Vicky sekeluarga bergambar bersama Fahmi (empat dari kanan).
PENAMPANG: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyerahkan sumbangan dari Tabung Kasih@HAWANA kepada dua orang pengamal media di Sabah.
Menurut Fahmi, setakat ini seramai 463 orang pengamal media di seluruh negara menerima inisiatif Tabung Kasih@HAWANA termasuk 24 orang daripada jumlah itu adalah pengamal media dari Sabah.
“Hari ini, kita melawat seterusnya memberikan sumbangan kepada saudara Vicky Sylvester Matanjang seorang jurufoto dari Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Sabah yang terlibat dengan kemalangan pada Mac lepas.
“Hari ini merupakan hari pertama beliau kembali bertugas namun masih perlu menjalani beberapa rawatan fisioterapi,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan di kediaman Vicky di Penampang.
Beliau turut meminta BERNAMA agar meneliti mekanisme yang sesuai untuk mendapatkan lebih dana untuk membantu lebih ramai rakan media yang lain.
Dalam pada masa, Vicky amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan dan merasa dihargai meskipun hanya bertugas sebagai jurufoto.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor.


























