Ariffin bergambar bersama penerima APC.
KOTA KINABALU: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan inisiatif kerajaan bagi menghargai serta mengiktiraf penjawat awam.
Menuruh Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Hanafiah MohdKassim berkata anugerah tersebut diberikan kepada pegawai atau kakitangan yang menunjukkan prestasi dan perkhidmatan cemerlang.
“Meskipun jumlah pegawai dan kakitangan yang agak terhad namun mereka dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan baik.
“Mengikut dasar yang sedia ada, pemberian hanya terhad kepada 3% dari jumlah keseluruhan yang berada di sesuatu kementerian ataupun jabatan.
“Oleh itu pihak KSTI memperkenalkan KSTI memperkenalkan Anugerah Khas SUT dan Menteri agar lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat diberikan penghargaan atas usaha yang telah diberikan,” katanya kepada media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini, pada Jumaat.
Seramai tiga orang kakitangan menerima APC manakala, 20 kakitangan lagi menerima Anugerah Khas SUT dan Menteri
Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Datuk Harun Durabi, Timbalan SUT I Doria Tai Yun Tyng, Timbalan SUT II Syahrin Samsir serta wakil-wakil agensi di bawah KSTI.


































