BELURAN: Guru Bahasa Kadazan, Rini Aswanda Jukilin muncul sebagai juara Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Beluran pada 10 Mei.
Dengan kemenangan itu, Rini akan membawa nama daerah Beluran ke pentas Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 31 Mei 2025 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Kota Kinabalu.
“Syukur yang tidak terhingga atas peluang dan pengalaman luar biasa ini. Kemenangan ini bukan milik saya seorang, tetapi hasil usaha dan sokongan ramai insan hebat di sekeliling saya,” kata Rini yang berketurunan Dusun Labuk.

Beliau berkata, kemenangan ini bukan penamat tetapi permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa suara dan semangat komuniti Dusun Labuk Beluran ke peringkat lebih tinggi.
Pihak penganjur menyeru seluruh masyarakat Beluran agar memberi sokongan penuh kepada Rini dalam usaha mengharumkan nama daerah ini di peringkat negeri. Semangat Kopiiso Ginavo terus menyala!
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Facebook rasmi Unduk Ngadau Beluran di https://www.facebook.com/undukbeluran, atau menghubungi Rinah Michael (019-8404854) dan Doulianah Manjuil (016-8180230).


































