Ellron memberi sumbangan mesin basuh yang diterima oleh Jainis (lima dari kanan)
SOOK: Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook menerima sumbangan tujuh buah mesin basuh daripada Menteri Belia dan Sukan yang juga ADUN Sook, Datuk Ellron Angin.
Sumbangan itu diserahkan kepada Pengetua SMK Sook Jasni Mohd. Sulaiman pada majlis diadakan di dewan sekolah itu.
Ellron turut mengumumkan bahawa sumbangan yang sama juga akan berikan kepada SMK Keningau dalam masa terdekat.
Beliau turut mengingatkan penghuni asrama sekolah terutamanya para pelajar agar memanfaatkan kemudahan ini sebaik-baiknya supaya mesin-mesin ini dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Difahamkan tiga daripada tujuh mesin basuh berkenaan telah dihantar ke asrama sekolah lebih awal.

Ellron merakamkan gambar kenangan bersama para guru dan pelajar SMK Sook.
Di samping itu, sebagai menghargai pengorbanan staf dan guru-guru yang berdedikasi dan berkomitmen dalam menjayakan tugasan mereka, Ellron juga meluluskan sumbangan RM5,000 kepada Kelab Staf dan Guru SMK Sook.
Dalam perkembangan lain, Ellron turut memaklumkan bahawa buat pertama kalinya Sook akan beraksi sebagai kontinjen di kejohanan Sabah Games (SAGA).
Beliau akan menyokong penuh penyertaan daerah Sook, dan mengharapkan agar ada kejayaan manis dilakar buat Sook mesikpun baru sahaja menyertai SAGA.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Masly Wahip, para guru dan pelajar Tingkatan 6.
































