Muammar Ghadafi (kiri sekali) Ag.Azman (kanan sekali) menunjukkan resit tempahan kolam Ko-Nelayan Laya-Laya,Tuaran, untuk Pertandingan Memancing Santai Hujung Minggu.
TUARAN : Para peminat aktiviti memancing dijemput untuk menyertai Pertandingan Memancing Santai Hujung Minggu yang dianjurkan oleh Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tamparuli di Kolam Ko-Nelayan, Laya-Laya, di sini pada 22 Februari (Sabtu).
Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang ini menjanjikan hadiah lumayan kepada peserta yang berjaya menaikkan ikan terbesar.
Pendaftaran dibuka seawal jam 8 pagi, dan tempat adalah terhad.
Pengerusi Biro Penerangan Gagasan Rakyat Bahagian Tamparuli, Muammar Ghadafi berkata, pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat pemancing, dari yang berpengalaman hingga pemula.
Ia bukan sahaja medan menguji kemahiran memancing, tetapi juga satu aktiviti santai hujung minggu bersama rakan dan keluarga.
“Siapa juara sebenar di kolam? Siapa raja pancing Laya-Laya? Ini peluang anda untuk membuktikan kehebatan!” kata Muammar Ghadafi sambil menggalakkan penyertaan ramai.
Selain hadiah tunai, kejutan istimewa turut menanti para pemenang.
Yuran penyertaan adalah berbaloi, dan peserta digalakkan untuk mendaftar awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Ag. Azman Ag. Tuah 0109448667.
Orang ramai juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan dan komuniti kaki pancing agar lebih ramai dapat merasai pengalaman menarik ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi juara dan membawa pulang hadiah lumayan.


































