KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. (Gambar)
Pada mesyuarat itu, Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sementara itu, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, yang bermula esok.