LONDON: Jurgen Klopp menimbulkan kemarahan peminat Liverpool selepas menerima pelantikan sebagai ketua bola sepak global di Kumpulan Red Bull selepas beberapa bulan meninggalkan The Reds.
Menurut Utusan Malaysia, jurulatih kelahiran Jerman itu menggunakan alasan ‘kekurangan tenaga’ semasa meninggalkan Anfield dan keputusannya menyertai Kumpulan Red Bull mengejutkan banyak pihak.
Red Bull mempunyai enam kelab termasuk Leipzig, Salzburg dan kini Leeds United dan penyertaan Klopp pastinya kan memainkan peranan besar untuk meningkatkan prestasi kelab-kelab berkenaan.
Selain peminat di Anfield, tindakan Klopp itu juga mengundang kemarahan peminat bekas kelab lamanya Borussia Dortmund dan nama pengendali itu dijangka menghiasi sepanduk selepas ini.
Dortmund, seperti Liverpool iaitu sebuah kelab yang didominasi peminat yang menjadi sebahagian daripada denyutan jantung bandar mereka.
RB Leipzig, peneraju syarikat Red Bull, hanya ditubuhkan pada tahun 2009 apabila syarikat minuman itu mendapat hak beraksi dalam divisyen lima di bandar Jerman Timur itu.
Lantikan Klopp sebagai ketua baharu mereka, dengan peranan untuk membantu operasi pencarian bakat global serta melatih dan membangunkan jurulatih, Red Bull berpotensi berisiko menjejaskan reputasi Dortmund.
Disebabkan reaksi itu peminat, Klopp menghantar mesej video ketika percutian yang mana beliau cuba untuk menjelaskan situasinya dan mengapa dia menerima tawaran Red Bull.
“Beberapa bulan lalu saya katakan saya tidak akan berada di tepi padang lagi dan ia masih diteruskan. Tetapi saya masih sayangkan bola sepak dan saya masih suka untuk bekerja. Red Bull memberi saya platform sempurna untuk melakukannya.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang saya raih selama bertahun-tahun dan kita semua tahu ada lebih ramai pengurus berjaya di luar sana. Dalam karier saya, saya berjuang untuk naik divisyen, saya berjuang mengelak turun divisyen, saya berjuang untuk merebut kejuaraan, saya berjuang untuk menjulang trofi.
“Kadang-kadang kita gagal, kadang-kadang kita berjaya dan menangani semua itu tidak mudah. Tetapi ia boleh dilakukan. Kini saya ada masa dan peluang. Saya mahu lihat dan mengenal pasti apa yang berguna dalam bola sepak.
“Jadi terbabit untuk membantu membangunkan bola sepak sedikit. Benar-benar teruja dengannya tetapi kini saya akan kembali meneruskan percutian. Jumpa anda Januari depan.”


































