KD Pendekar
PETALING JAYA: Kebocoran kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai berlaku ekoran pelanggaran objek bawah air.
Menurut Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan pelanggaran itu, kapal berkenaan tenggelam sepenuhnya selepas mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada pukul 3.45 petang kelmarin.
Katanya, kejadian berlaku ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi di posisi dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Johor.
“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal.
“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, TLDM sedang memberi fokus bagi melaksanakan operasi untuk menyelamatkan kapal.
Selain itu ujarnya, usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.
Katanya, TLDM dalam masa sama akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian.