Taufan Ampil dijangka bergerak ke arah timur Jepun hari ini.
TOKYO: Ribut kuat melanda Jepun semalam, menganggu perjalanan musim panas ketika Taufan Ampil membadai Tokyo, dengan angin kencang dan hujan lebat.
Menurut Utusan Malaysia, taufan itu menyebabkan gangguan kepada sistem pengangkutan, termasuk kereta api, dan menyebabkan banyak destinasi pelancongan lengang ketika cuti musim panas Obon semakin hampir ke penghujung.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran angin kencang, tanah runtuh, ombak besar dan banjir, ketika hujan lebat dijangka berlaku di wilayah timur sekitar Tokyo, lapor Kyodo News.
Syarikat penerbangan, Japan Airlines dan All Nippon Airways turut membatalkan kira-kira 650 penerbangan ke dan dari lapangan terbang Haneda serta Narita Tokyo, yang menjejaskan 120,000 penumpang.
Taufan Ampil dijangka bergerak ke arah timur Jepun hari ini.
































