Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada syarikat dan pemilik kedai supaya tidak memberi tekanan kepada harga barang khususnya makanan apabila pelarasan gaji penjawat awam dilaksanakan pada Disember ini.
Menurut Utusan Malaysia, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peringatan itu diberikan kepada peniaga dan syarikat berikutan pelarasan gaji penjawat awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibuat secara berfasa.
“Saya harap pada bulan Disember jangan ada syarikat dan kedai ambil kesempatan kerana kita naik secara berfasa (pelarasan gaji), tidak harus beri tekanan kepada kos harga barang keperluan terutamanya makanan.
“Badan-badan penguatkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan bertindak tegas menerusi pegawai penguatkuasanya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penjawat awam pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Kali Ke-19, di sini kelmarin.
































