Shahelmey (tiga dari kiri) bersama Nga (tengah), Dr. Joachim (kanan) dan Phoong (dua dari kiri)
PUTATAN: Pewujudan Balai Bomba dan Penyelamat Putatan adalah sangat wajar untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk di daerah ini, kata Timbalan Ketua Menteri III yang juga Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.
Beliau berterima kasih kepada kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kör Ming dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas terealisasinya pembinaan tersebut.
“Sebagai rakyat di daerah ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI melalui KPKT atas pewujudan Balai Bomba Penyelamat Putatan yang telah lama dipohon dan dirasmikan pada hari ini,” katanya yang juga ADUN Tanjung Keramat pada majlis perasmian Balai Bomba Penyelamat Putatan kelmarin.
“Putatan merupakan sebuah daerah yang terletak bersebelahan dengan bandar raya Kota Kinabalu.
“Daerah ini menerima limpahan ekonomi dan pembangunan yang kian meningkat.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, dengan adanya Balai Bomba Penyelamat Putatan, sudah pastinya akan meningkatkan lagi perkhidmatan JBPM kepada masyarakat di daerah ini.
“Sama-samalah kita berdoa agar kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T dalam melaksanakan tugas-tugas kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe serta beberapa pagi Pembantu Menteri Kabinet.


































