Pemain Georgia, Guram Kashia (kanan) dan Giorgi Mamardashvili merebut bola dengan pertahanan Sepanyol, Robin Le Normand (tengah) semasa perlawanan pusingan 16 UEFA Euro 2024 di Stadium Cologne.
COLOGNE: Sepanyol bangkit daripada ketinggallan satu jaringan sendiri menerusi Robind Le Normand untuk menyingkirkan Georgia 4-1, pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, pada aksi terbabit, Georgia seperti dalam nadi mereka, mencipta kejutan membuka jaringan seawal minit ke-18 apabila tendangan Otar Kakabadze terkena pertahanan Sepanyol, Le Normand.
Bintang Manchester City, Rodri menyamakan kedudukan pada minit ke-39 sekali gus menyaksikan keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua bermula, Sepanyol tampil garang apabila Fabian Ruiz meledak gol pada minit ke-51 permainan untuk mendahului kedudukan.
Sepanyol kian mengawal permainan apabila Nico Willams turut mencatat nama selaku penjaring pada awal pagi itu minit ke-75.
Selang lapan minit kemudian, Dani Olmo menjaringkan gol pada minit akhir permainan untuk menutup kemenangan manis Sepanyol pada aksi pusingan 16 itu.
Sepanyol berdepan ujian getir apabila dijadualkan bertemu tuan rumah, Jerman pada aksi suku akhir, 6 Julai ini.


































