Bekas pemain Itali, Roberto Baggio cedera dipukul perompak ketika menyaksikan perlawanan menentang Sepanyol di kediamannya.
ROM: Pemain legenda Itali, Roberto Baggio dirompak di kediamannya ketika menyaksikan perlawanan menentang Sepanyol, semalam.
Menurut Utusan Malaysia, polis tempatan berkata, perompak memecah masuk dengan senjata api di rumahnya berhampiran Vincenza selepas memukul kepalanya menggunakan belakang pistol.
Menurut laporan akhbar Corriere della Sera, pencuri terbabit mengunci beliau bersama keluarganya di dalam sebuah bilik ketika mencuri barang kemas, jam tangan mewah berserta wang tunai.
Beliau kemudian dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut susulan luka yang dalam ketika dipukul oleh perompak berkenaan.
Untuk rekod, bekas pemain berusia 57 tahun itu pernah bermain untuk Juventus, AC Milan dan Inter Milan.
































