Leandro Trossard (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. Arsenal menang 1-0.
MANCHESTER: Arsenal kembali mengheret buruan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ke akhir musim selepas menamatkan kekebalan Old Trafford dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United, semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Leandro Trossard menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk meletakkan Gunners mendahului satu mata memimpin kedudukan liga, malah ia kemenangan kedua dalam 17 perlawanan di gelanggang United.
Namun, kemenangan itu tidak menggugat laluan Manchester City untuk menjulang kejuaraan musim ini berdasarkan kelebihan baki dua perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal satu.
Bagaimanapun, kemenangan Arsenal itu memberi tekanan kepada anak-anak buah Pep Gurdiola yang dijangka berdepan cabaran menentang Tottenham, esok.
Arsenal pula akan menunggu kunjungan Everton dalam aksi terakhir mereka Ahad ini manakala City akan menutup musim liga menentang West Ham.
Sementara United perlu mengelak daripada menerima kekalahan selepas ini yang akan menutup peluang ke kejohanan Eropah musim depan.
































