Goh Sze Fei-Nur Izzuddin
PETALING JAYA: Skuad badminton lelaki negara menempah slot ke separuh akhir, selepas membenam Jepun 3-1 pada peringkat kalah mati Piala Thomas di Chengdu, China, hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, beregu Malaysia yang menghuni ranking No. 15 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani memastikan kemenangan menjadi milik mutlak negara apabila mereka membenam Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-15, 21-12 dalam masa 66 minit.
Kejayaan itu juga tidak memerlukan pemain muda, Justin Hoh memerah keringatnya menentang pemain berpengalaman Jepun, Kento Momota dalam pertarungan terakhir jika kedudukan terikat 2-2.
Sze Fei-Izzuddin yang berada pada prestasi terbaik mereka pada ketika ini, akhirnya berjaya memecah angka kosong apabila merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 1-3 dengan Koga-Saito.
Pada separuh akhir, Sabtu ini, Malaysia dijangka berdepan sama ada China atau India yang bertarung dalam satu lagi suku akhir.






























