Mason Mount kembali menjalani latihan bersama pasukan Manchester United tetapi dia belum pasti dapat diturunkan pada aksi suku akhir Piala FA menentang Liverpool pada 17 Mac ini.
LONDON: Pemain tengah Manchester United, Mason Mount kembali ke kem latihan pasukan, kelmari selepas empat bulan berehat gara-gara kecederaan betis.
Menurut Utusan Malaysia, Mount hanya sempat membuat 12 penampilan bersama United sejak dibeli pada harga 60 juta pound dari Chelsea sebelum bermula musim ini.
Kali terakhir pemain berusia 25 tahun itu beraksi ketika dikeluarkan dari bangku simpanan membantu pasukannya menewaskan Luton 1-0 November lalu.
Sekalipun dia cergas untuk beraksi, namun Mount masih bergelut untuk memberikan impak.
Perancang utama itu bagaimanapun masih berpeluang untuk menutup kritikan terhadapnya pada musim ini selepas kembali semula dalam latihan.
“Mason Mount akan kembali dalam tempoh yang singkat selepas ini. Saya rasa mungkin selepas habis rehat perlawanan antarabangsa,” kata Erik Ten Hag.
Di tidak mungkin akan diturunkan pada aksi suku akhir Piala FA menentang Liverpool tetapi berpeluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Brentford pada 30 Mac ini.
Kepulangan Mount dijangka mengubah corak permainan United yang sedang berusaha menghidupkan peluang layak ke saingan Liga Juara-Juara apabila menduduki tangga keempat liga.
United kini ketinggalan lapan mata di belakang pasukan tangga keempat, Aston Villa dengan baki 10 perlawanan.
Ten Hag juga mengharapkan Harry Maguire, Rasmus Hojlund dan Aaron Wan-Bissaka kembali daripada kecederaan menjelang kunjungan Liverpool ke Old Trafford
Setakat ini, Lisandro Martinez, Anthony Martial, Luke Shaw serta Tyrell Malacia masih diketepikan.
United turut mengumumkan keuntungan suku kedua yang mencatat rekod 225.8 juta pound atau atau keuntungan bersih 20.4 juta pound, naik 6.3 peratus.


































