Aksi pemain ping pong wanita negara, Alice Chang li Sian di Kejohanan Berpasukan Dunia Busan 2024. (Foto: Ihsan Persekutuan Ping Pong Dunia)
PETALING JAYA: Skuad ping pong wanita negara terus mempamerkan kecemerlangan apabila menidakkan cabaran Itali 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan 5 Kejohanan Berpasukan Dunia di Busan, Korea Selatan hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Malaysia yang dikendalikan oleh Beh Lee Wei mempertaruhkan Alice Chang Li Sian sebagai wakil pertama bermula dengan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan 8-11, 11-7, 7-11, 11-5, 11-9 ke atas Debora Vivareli.
Stefonava Nikoleta menyamakan kedudukan menjadi 1-1 setelah menumpaskan Karen Lynn Dick dengan keputusan 4-11, 11-7, 12-14, 11-8, 6-11.
Itali terus bersemangat apabila Giorgia Piccolin meletakkan pasukan Eropah itu mendahului 2-1 setelah mengalahkan pemain berpengalaman negara, Ho Ying keputusan 8-11, 11-8, 10-12, 8-11.
Bagaimanapun Alice yang kembali turun semula sebagai pemain keempat menyamakan kedudukan menjadi 2-2 dengan menewaskan Stefanova dengan keputusan 8-11, 11-8, 11-5.
Karen muncul wira Malaysia apabila menokhtahkan kemenangan dengan keputusan 3-2 selepas mudah menewaskan Vivareli 11-9, 11-5, 11-6.
Kemenangan ini menyaksikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya, mengiringi Korea Selatan selepas mengakhiri saingan Kumpulan 5 di tempat kedua dengan mengumpul enam mata.
Malang buat skuad lelaki apabila gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepad Slovenia 3-0, sekaligus menghuni tangga tercorot Kumpulan 7.


































