KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142, di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. (Gambar)
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji (kiri) mengadakan pertemuan dengan Anwar.
Mesyuarat yang bermula 11 pagi itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.
Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.
Esok, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265 di Istana Negara.


































