Mohd. Yusri Hassan Basri
TAPAH: Tiga lagi tahanan lelaki etnik Rohingnya masing-masing berjaya ditangkap di tiga lokasi berbeza malam semalam dan pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada pukul 9.45 malam semalam, seorang lelaki etnik Rohingnya berjaya ditangkap di Felcra Jalan Kachu, Tapah hasil maklumat orang awam.
“Pada pukul 3.35 pagi tadi, seorang lagi tahanan lelaki berjaya ditahan di Kilometer 327 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara sebelum disusuli seorang lagi tahanan lelaki di Batu 2, Jalan Pahang, Tapah pada pukul 3.55 pagi tadi.
“Tahanan yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor ialah seramai 131 orang yang mana 54 tahanan berjaya ditangkap sementara dua mati akibat kemalangan jalan raya.
“Jumlah yang masih lolos (bebas) ialah seramai 75 orang setakat ini,” katanya.


































