Ewon (kanan) dan Mansur (kiri) selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Faiq (tengah), Oneal (dua dari kanan) dan Aiman (dua dari kiri).
PENAMPANG: Atlet Nabawan, Muhammad Faiq Matjini jaguh keseluruhan bagi acara Cross-Country Eliminator Lelaki Sukan SA\abah Ke-10 (SAGA X) 2023.
Faiq memenangi acara itu dengan catatan masa 0:04:42 saat mengatasi pelumba Kota Marudu, Aaron Oneal Cliff Shen yang mencatat kepantasan 0:04:48 saat manakala, seorang lagi pelumba Beaufort, Muhammad Aiman Zakwan Zuraidi yang mencatat masa 0:04:53 saat meraih pingat gangsa.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedict dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mansur Asun.
























