Antara aksi-aksi yang dirakamkan semasa perlawanan Muaythai kategori lelaki sempena Kejohanan SAGA X.
PENAMPANG: Pasukan Kota Kinabalu muncul sebagai juara dengan tiga emas menerusi acara Muaythai Sukan Sabah Ke-10 (SAGA X) 2023.
Buruan emas pertama Kota Kinabalu menerusi acara wanita elit bawah 51kg dimenangi oleh Joezietha Joysie mengalahkan atlet Papar, Deirdra Jacqueline Richard.
Manakala, dalam acara lelaki bawah 51kg, Ed Ryan Jefferson menentang Kudat, Noor Azharuddin Angkuyong dan Awang Muhammad Hazmie Awang Handra mengalahkan atlet Kalabakan, Yap Jin Hua menerusi acara lelaki bawah 63kg sekali gus menambah dua pingat emas Kota Kinabalu.
Turut meraih kejayaan, pasukan Tuaran, Tawau, Sandakan dan Papar yang meraih dua pingat emas sementara Kuamut hanya memperolehi satu pingat emas.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

































