Pemain-Pemain Shakhtar Donetsk meraikan kemenangan selepas menewaskan Barcelona pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di Hamburg.- Ihsan FB Shakhtar FC
HAMBURG: Barcelona mensia-siakan peluang untuk layak lebih awal ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 kepada Shakhtar Donetsk di Stadium Volkspark awal pagi tadi.
Menurut Utusan Malaysia, gol tunggal Danylo Sikan pada minit ke-40 memastikan Shakhtar meraih kemenangan di laman sendiri ke atas juara Sepanyol itu.
Meskipun tewas, skuad kendalian Xavi Hernandez masih menerajui kedudukan teratas Kumpulan H di hadapan Porto di tempat kedua namun berkongsi sembilan mata selepas Porto menewaskan Antwerp 2-0.
“Kami bermain sangat teruk dan ia saat yang mengecewakan,” kata Xavi selepas perlawanan.

































