Redonah menyampaikan cendera kenangan kepada Dr. Mohd. Arifin semasa kunjungan hormat sambil diperhatikan oleh Emmi dan ahli-ahli jawatankuasa Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat.
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif di pejabatnya di Wisma Bandaraya, di sini, kelmarin.
Kunjungan itu diketuai Ketua Wanita, Datuk Redonah Bahanda dan Ketua Beliawanis, Emmie Martin Idang dengan disertai Penolong Bendahar, Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita Sukau, Dayang Norhayati Titing, Ketua Wanita Likas, Halizah Din, Ketua Wanita Membakut, Dayang Hairena Awang Basir, Penolong Setiausaha Beliawanis, Siti Khalidah Mahalil dan Ketua Penerangan Beliawanis, Carmen Meldan.
Dr. Mohd Arifin berkata, terdapat pelbagai inisiatif bantuan pendidikan Kerajaan Negeri Sabah berikan di antaranya adalah BUDI, BAKTI, BISBAH, BAGUS dan bayi Sabah kepada ibu dan bapanya berasal daripada Sabah yang lahir tahun 2023 dapat bantuan BISTARI.
Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun SIMPAN SSPN PRIME, tambahnya.
“Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencapai usia 18 tahun. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://cutt.ly/BISTARI2023,” katanya.
Permohonan dibuka bermula π Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 Sebarang maklumat lanjut mengenai πππ¦π§ππ₯π, boleh layari: FB Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri atau hubungi 088-369872/ 012-8662419 atau hubungi Pegawai PTPTN http://m.me/PTPTNSabah?text=BISTARI.































