Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Seung-Bae selepas mesyuarat di Menara Kinabalu di sini hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung-Bae di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Semasa pertemuan itu, mereka membincangkan tentang meningkatkan hubungan perdagangan dua hala antara Sabah dan Korea Selatan.
Pada masa ini, pelaburan terbesar Korea Selatan di Sabah ialah SK Nexilis, mengeluarkan gegelung tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Korea Selatan juga merupakan antara negara yang mengambil bahagian dalam Ekspo Antarabangsa Sabah 2023 (SIE2023) yang baharu sahaja selesai.
Seung-Bae turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai pembukaan konsulat Republik di Kota Kinabalu esok.





























