Stanis (empat dari kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama dengan Ram (dua dari kanan), Mackey (kanan) dan T.C. Goh (empat dari kanan) selepas menyempurnakan gimik perasmian.
KOTA KINABALU: Seramai 100 orang hadir memeriahkan program Doa Sayangi Malaysia.
Presiden
Persatuan Bumiputera Kristian Sabah, Jellin Wandak berkata, program tersebut merupakan hasil usaha jitu dan murni Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dalam mengumpulkan badan-badan keagamaan bersama di rumah ibadat untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan negara.

Jellin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Stanis
Beliau percaya program seumpama ini dapat memupuk dan menyemai semangat toleransi, kerjasama dan memahami antara satu dengan yang lain.
Program yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Stanis Buandi di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri Goh Thien Chuan dan Presiden Persatuan Kinabalu Singh Sabha Sabah, Ram Singh.





























