Tun Juhar (kiri) disapa Ruslan ketika tiba di Terminal 2, KKIA.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berangkat ke Indonesia untuk lawatan kerja selama seminggu.
Pesawat khas yang membawa Tun Juhar dan rombongan berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.50 pagi, pada Isnin.

Tun Juhar (tiga dari kanan) dan Toh Puan Norlidah (dua dari kanan) mengaminkan semasa acara bacaan doa dipimpin Abdul Manap.
Hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.
Terdahulu, bacaan doa keberangkatan Tun Juhar serta rombongan dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba.





























