Sebahagian warga SMJK Ken Hwa merakamkan gambar kenangan bersama peserta Konvoi KMJG Sabah 2023.
KENINGAU: Deklamasi sajak kemerdekaan dan persembahan pancaragam menyambut kehadiran Konvoi KMJG Sabah di Kolej Vokasional Keningau dan SMJK Ken Hwa.
Sajak kemerdekaan bertajuk ‘Cinta Pada Tarikh Keramat’ disampaikan pelajar Kolej Vokasional Keningau, Sonia Ivana Jack yang turut dikendalikan menggunakan bahasa isyarat oleh Cikgu Norfaizah Shokri dan Cikgu Mastizah Muslim untuk pelajar berkeperluan khas di Dewan Visi Kolej Vokasional Keningau pada Jumaat.
Menyambut kehadiran Konvoi KMJG yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah Janisah Mohd Noor adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan dan Pengarah Kolej Vokasional Keningau Christine Stanislaus Kinsikserta 1094 warga kolej tersebut.
Pada majlis ringkas itu turut diadakan adalah nyanyian lagu kebangsaan, “Negaraku” dan lagu kebesaran negeri, “Sabah Tanah Airku” serta bacaan ikrar Rukun Negara, selain

Deretan kenderaan pacuan empat roda Konvoi KMJG Sabah 2023 ketika melalui Jalan Bariawa Keningau.
Christine turut menandatangani buku lawatan Konvoi KMJG Negeri Sabah 2023 serta menyempurnakan pelepasan konvoi yang meneruskan perjalanan ke perhentian ke-26 di SMJK Ken Hwa.
Di SMJK Ken Hwa, kehadiran peserta konvoi disambut oleh 1,500 pelajar serta 45 ahli pasukan pancaragam sekolah yang dipimpin guru muzik, Christine Chua Sha Yee.
Pasukan pancaragam itu turut mendendangkan irama muzik patriotik kepada para peserta konvoi yang disambut Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut Edna Lisa Lim di pekarangan SMJK Ken Hwa.
Edna seterusnya menandatangani buku lawatan Konvoi KMJG Negeri Sabah 2023 serta menerima Jalur Gemilang dan cenderamata daripada Jainisah sebagai tanda penghargaan kepada lawatan konvoi ke sekolah tersebut.
Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Ketua Penolong Pegawai Daerah Keningau, Ester Michael Sutil serta Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.































