Persembahan sketsa oleh pelbagai agensi berkaitan pandemik Covid-19.
KOTA KINABALU: Masyarakat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijemput hadir menyaksikan persembahan sketsa khas peristiwa Covid-19 sempena Sambutan Hari Pahlawan Negeri Sabah 2023 mulai jam 7 pagi, Isnin ini.
Persembahan tersebut akan dijayakan oleh pelbagai agensi kelolaan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) diiringi bacaan deklamasi sajak oleh Mohd Fauzi Janita dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang bertajuk, ‘Barisan Hadapan, Taman Bangsa’.
Dalam sesi raptai pada Jumaat, persembahan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Ke-22 Regimen Askar Melayu DiRaja juga dijangka menarik perhatian pengunjung kelak.





























