Lakaran upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan diadakan di sepanjang Sungai Seine.
PARIS: Buat pertama kali dalam sejarah Sukan Olimpik, upacara pembukaan yang berlangsung di Paris pada 26 Julai 2024 tidak akan diadakan di dalam stadium.
Sebaliknya penganjur Olimpik Paris 2024 membuat kelainan dengan perarakan atlet akan menyusuri Sungai Seine, sungai yang mengalir melalui bandar Paris, yang turut dikenali sebagai ‘Bandar Cahaya’.
Menurut Utusan Malaysia, setiap bot delegasi negara bertanding akan dibekalkan dengan kamera bagi membolehkan penonton melihat atlet kesayangan masing-masing sepanjang upacara pembukaan.
Perarakan berlangsung sejauh enam kilometer dan melalui tempat bersejarah di Paris seperti Notre Dame, Lovre dan Pont des Arts sebelum berakhir di Trocadero.
Tiada caj tiket dikenakan untuk upacara pembukaan , sebaliknya ia dibuka kepada orang awam.
Lebih menarik, 80 skrin gergasi ditempatkan di serata bandar Paris bagi membolehkan orang ramai menikmati kemeriahan temasya.
Setiap bot delegasi negara bertanding akan dibekalkan dengan kamera bagi membolehkan penonton melihat atlet kesayangan masing-masing sepanjang upacara pembukaan.