Hajiji memberi salam kepada Anwar sebelum mesyuarat bermula malam tadi.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengetuai delegasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumput malam tadi.
Hajiji, yang merupakan Pengerusi GRS, diiringi oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Anwar (tengah) mempengerusikan mesyuarat malam tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali turut hadir.
Mesyuarat yang diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.































