Teo Nie Ching (kanan), Jainisah (tengah) dan Cyril semasa sesi taklimat.
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Teo Nie Ching memulakan lawatan kerja rasmi ke Sabah dengan mengadakan Sesi Taklimat Bersama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKD).
Perjumpaan tersebut dilaksanakan secara tertutup di Bilik Cempaka, Aras 2, Hotel Hyatt Regency kelmarin.
Ketua-ketua jabatan dan agensi yang hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor, Pengarah Seksyen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suhaila Jaafar dan Ketua Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah, Drusella Brigit Anak Rijeng.
Selain itu, turut menyertai perjumpaan berkenaan ialah Ketua Biro BERNAMA Sabah, Fadzli Ramli, Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Negeri Sabah, Datuk Sainal Mohd Amin, Pengarah Pos Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sudermaje Iscolto dan
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Negeri Sabah, Ts. Cyril Simon.
Teo Nie Ching juga akan meneruskan lawatan kerja dengan membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Sri Gaya.































